Assalamualaikum Wrmbth
Hari ini kami ingin berkongsi dengan anda jenis-jenis coklat mengikut kegemaran masing-masing. Mungkin ada di antara kita yang menggemari coklat namun tidak mengetahui kepelbagaian jenis-jenis coklat yang berada di serata dunia.
Terdapat beberapa jenis coklat di pasaran. Berikut adalah fakta berkaitan coklat;
1. Coklat susu (milk choc)
- Terdiri dari campuran likur koko, lemak koko, susu dan gula. Coklat
jenis ini digemari oleh peminat coklat berbanding jenis lain serta
mengandungi nilai pemakanan yang tinggi.
- Coklat susu seberat 100gm boleh menyumbangkan 18% daripada tenaga,
11% protein, 8% zat besi, 47% kalsium, 19% riboflavin (vit B), 11% vit A
yang diperlukan sehari dalam badan.
2. Coklat putih (white choc)
- Terdiri dari campuran gula, lemak koko dan susu.
- Coklat putih juga mengandungi kandungan tenaga yang tinggi (18%) serta kalsium dan vitamin yang tinggi.
- Walaubagaimanapun kandungan protein agak rendah kerana ia tidak mengandungi likur koko dan serbuk koko.
- Rasanya lebih manis berbanding coklat jenis lain.
3. Coklat hitam/pahit (dark choc)
- Terdiri dari campuran likur koko, gula dan lemak koko.
- mengandungi kandungan lemak dan zat besi yang tinggi (23%).
- Walaubagaimanapun, kandungan zat lain agak rendah kerana ia tidak mengandungi campuran susu.
4. Coklat tanpa gula (coklat diabetik)
- Bagi menghasilkan coklat ini, gula digantikan dengan gula tiruan seperti maltitol, sorbitol dan isomalt.
- Coklat tanpa gula ini masih mengekalkan kemanisan dan selamat untuk diambil oleh pesakit kencing manis.
- Coklat jenis ini sukar ditemui di pasaran dan harganya agak mahal.