Sunday, January 25, 2015

Produk-Produk Popular

Assalamualaikum Wrmbth

Kami memaparkan produk-produk popular keluaran syarikat kami yang menjadi pilihan ramai. Harga yang dipaparkan masih boleh dirunding bergantung kepada kuantiti tempahan.

Kek Chocolate Moist RM40/1kg

Kek Chocolate Cheese RM50/1kg

Jambangan Bunga Coklat RM40/30biji

Coklat Pralin RM40/Kotak

Cream Puff RM50/Kotak/36biji

Chocolate Stick RM2.50/biji

Wednesday, January 14, 2015

Jenis-Jenis Coklat





Assalamualaikum Wrmbth

Hari ini kami ingin berkongsi dengan anda jenis-jenis coklat mengikut kegemaran masing-masing. Mungkin ada di antara kita yang menggemari coklat namun tidak mengetahui kepelbagaian jenis-jenis coklat yang berada di serata dunia.

Terdapat beberapa jenis coklat di pasaran. Berikut adalah fakta berkaitan coklat;






1. Coklat susu (milk choc)
  • Terdiri dari campuran likur koko, lemak koko, susu dan gula. Coklat jenis ini digemari oleh peminat coklat berbanding jenis lain serta mengandungi nilai pemakanan yang tinggi. 
  •  Coklat susu seberat 100gm boleh menyumbangkan 18% daripada tenaga, 11% protein, 8% zat besi, 47% kalsium, 19% riboflavin (vit B), 11% vit A yang diperlukan sehari dalam badan.




2. Coklat putih (white choc)
  • Terdiri dari campuran gula, lemak koko dan susu.
  • Coklat putih juga mengandungi kandungan tenaga yang tinggi (18%) serta kalsium dan vitamin yang tinggi.
  • Walaubagaimanapun kandungan protein agak rendah kerana ia tidak mengandungi likur koko dan serbuk koko.
  • Rasanya lebih manis berbanding coklat jenis lain.


3. Coklat hitam/pahit (dark choc)
  • Terdiri dari campuran likur koko, gula dan lemak koko.
  • mengandungi kandungan lemak dan zat besi yang tinggi (23%).
  • Walaubagaimanapun, kandungan zat lain agak rendah kerana ia tidak mengandungi campuran susu.




4. Coklat tanpa gula (coklat diabetik)
  • Bagi menghasilkan coklat ini, gula digantikan dengan gula tiruan seperti maltitol, sorbitol dan isomalt.
  • Coklat tanpa gula ini masih mengekalkan kemanisan dan selamat untuk diambil oleh pesakit kencing manis.
  • Coklat jenis ini sukar ditemui di pasaran dan harganya agak mahal.

Monday, January 5, 2015

Pakej-Pakej Hantaran

Assalamualaikum Wrmbth

Kami menawarkan pelbagai jenis hantaran dan door gift dalam bentuk coklat dan candy bagi sebarang keraian. Pelbagai jenis gubahan, corak, warna, perisa untuk dipilih samada mengikut gubahan yang tersedia atau mengikut citarasa anda.

Kami juga menyediakan gubahan hantaran dengan menggunakan Cup Cakes dan Muffin.

Dipping Apple

Jambangan Bunga Coklat

Jambangan Lollipop